1) PERANAN IBU BAPA & KELUARGA TERHADAP PERKEMBANGAN PENGLIHATAN KANAK-KANAK DARI ASPEK PERSEPSI & PSIKOMOTOR
Psikomotor
Kasar - pergerakan tangan
Halus – pergerakan otot-otot kecil
Masalah Psikomotor yang dihadapi kanak-kanak masalah penglihatan.
Kurang motivasi untuk bergerak
Sukar melakukan pergerakan lokomotor seperti angkat kepala.
Takut untuk bergerak
Masalah untuk berjalan dan melakukan imbangan badan.
Gagal mengatur postur kaki.
Kurang latihan dan peneguhan sukar dijalankan.
Perkembangan kanak-kanak istimewa
Perlu ada rangsangan seperti latihan dan tunjuk ajar.
Ibu bapa, jiran, kawan dan NGO perlu memberi bantuan/pertolongan.
Kanak-kanak Buta
1) Cacat penglihatan
Kurang stimulasi visual selepas pembetulan atau guna alat bantuan penglihatan.
2) Kanak-kanak buta hanya mengatasi perasaannya semasa remaja.
3) Kalau early interventation, kanak-kanak buta akan menjadi normal.
4) Implikasi cacat penglihatan
5) Kurang komunikasi – kognitif.
6) Tidak menunjukkan tindak balas aktif terhadap rangsangan.
7) Bayi buta hanya senyum/ketawa selepas 2 bulan.
8) Kanak-kanak buta hanya belajar kemahiran lepas 2 tahun.
9) Kanak-kanak buta ada austic – stereotype / blindism.
10) Perkembangan motor dan deria
Perkembangan deria
Sentuh dan dengar ke tahap maksima
11) Mereka tidak dapat menghubungkaitkan antara aktiviti / tindakan yang dilakukan. Cth: masalah dlm penukaran nilai spt jisim, isipadu, luas permukaan dsb.
12) Bayi buta yang 8-12 bulan, tidak dapat sebut perkataan pertama.
13) Kesan masalah penglihatan
Sukar utk mengumpul dan membanding pengalaman yg berbeza ttg sesuatu situasi/keadaan.
Bersifat animism, lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate.
1) Intervensi Awal
Menyesuaikan diri dengan persekitaran, belajar kemahiran yang lebih, memaksimumkan pengetahuan.
2) Intervensi sejak lahir hingga 6 tahun melibatkan:
a) Pendidikan asas sebelum sekolah
Orientasi & mobility
Braille
Interaksi sosial
Guna peralatan untuk membantu penglihatan
b) Pemakanan
Penting, sangat perlu diambil perhatian. Cth: kalau makan terlalu banyak gula/ makanan ringan akan menyebabkan mereka (kanak-kanak cacat penglihatan) menjadi hiperaktif.
Beri makanan seimbang.
Kebanyakan kanak-kanak cacat penglihatan mengambil makanan yang berlebihan. (mengantuk).
Stereotypic
1) Blindism – gerakan-gerakan khas.
2) Faktor
Kurangnya rangsangan deria
Kurangnya sosialisasi – mencari rangsangan tambahan melalui tingkah laku stereo.
Kembali ke pola-pola tingkah laku kebiasaan bila mengalami tekanan.
3) Pencegahan
Guru – beri ganjaran kalau kurang stereotaip
Ibu bapa
4) Tindakan guru semasa p & p
Aktiviti yang seronok
Permainan
Peranan ibu bapa dan keluarga
1) Mengenal pasti kesukaran yang timbul
2) Hospital – rehab
3) Daftar di JKM.
4) Kad OKU
5) Dapatkan perkhidmatan pemulihan
Hospital
Pusat pemulihan dalam komuniti
MAB
6) Program intervensi awal.
7) Beri sokongan moral dan kasih sayang.
8) Rangsangan deria yang lain.
Perkembangan kemahiran motor:
Kasar dan halus / kemahiran fizikal.
Cth: guna manik masukkan ke dalam pancang besi (motor halus), berlari, melompat(motor kasar).
Penjagaan dan pengurusan diri
Mempunyai kebolehan mengawal diri yang terhad jadi perlukan pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan dan pengurusan diri.
Belajar untuk mengurus diri sendiri.
Intervensi sosial
interpersonal dan intrapersonal
melibatkan kaedah pembelajaran, melibatkan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kemahiran komunikasi dan interaksi social.
Sangat perlu untuk elakkan rasa rendah diri, pasif, menarik diri daripada bergaul dan meningkatkan keyakinan diri.
Perkembangan bahasa
Fonetik (bunyi) dapat mengesan masalah bahasa yang dialami memerlukan terapi.
Struktur ayat yang tidak diguna pada tempat yang sesuai perlu diajar.
Pendekatan intervensi
1) Berpusatkan guru
Guru menentukan teknik, memantau dan menilai.
2) Berpusatkan pelajar
Pelajar memainkan peranan utama, guru hanya membimbing.
3) Berpusatkan keluarga
Keluarga meminkan peranan utama.
Tracking – mata, kepala
Scanning – mata
Skimming – mata gerak.
Khidmat Sokongan
1) Perkhidmatan pendidikan
2) Alat bantuan penglihatan
3) Kaunseling.
4) Latihan kemahiran
Pusat dalam komuniti
MAB
Membimbing orang buta berdikari.
5) Khidmat kerjaya
MAB - cari pekerjaan seperti menganyam.
7) Khidmat perubatan – percuma di hospital kerajaan.
8) Khidmat intervensi.
9) Khidmat rehabilitasi.
Rahabilitasi
1) Membantu individu dan keluarga
2) Memahami, berdikari dan menyesuaikan diri dengan masalah penglihatan yang mereka hadapi.
3) Rehabilitasi melibatkan:
Anggota – motor kasar dan halus
Kemahiran hidup – memasak, melibat baju, berkebun, menjahit, pengurusan diri.
Perubatan – fizikal dan mental
Penglihatan – baru ada masalah penglihatan.
Orientasi dan mobility – kira duit, jalan sendiri.
Kaunseling.
Sosial – pengasingan antara orang buta dan celik.
Komunikasi – orang buta cakap kuat.
Emosi – rungsing.
Fizikal – kecacatan – telinga, tangan, kaki hilang (guna tongkat jalan).
Antara Contoh Agensi yang Terlibat:
1) Pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK – CBR )
2) Hospital kerajaan dan swasta
3) NGO
4) Institusi pendidikan
5) Kaunselor – semua tempat ada kaunselor, NGO, hospital, sekolah.
Kemahiran visual
1) Menggalakkan murid menggunakan penglihatan yang masih ada (sisa penglihatan) sepenuhnya dengan berkesan.
2) Latihan awal stimulasi visual dapat merangsang dan meningkatkan perkembangan psikomotor dan perkembangan kognitif.
3) apabila simulasi berlaku, kanak-kanak tersebut akan menggunakan penglihatan dengan lebih efisien.
4) Persekitaran dan peralatan yang sering digunakan oleh murid bermasalah penglihatan boleh diadaptasi bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas/contrast. Cth: benda yang kontras – kontras membolehkan mereka melihat sesuatu objek dengan lebih jelas.
5) Kemahiran menghidu dan rasa memainkan peranan penting kepada individu cacat penglihatan.
6) Bau dan rasa biasanya saling berkaitan (cth: apabila merasa sesuatu, dia juga akan membaunya).
7) Oleh itu, bimbingan dan latihan adalah perlu. (cth: sesuatu yang menarik baunya tidak semestinya baik)
8) Berikan bimbingan dan latihan utk membezakan bau dari pelbagai aspek dan kegunaan. (cth: makanan, persekitaran, keselamatan)
Pengajaran dan pembelajaran murid buta
1) Kesediaan emosi dan tumpuan
Buta sejak lahir
Buta akibat hilang penglihatan – akibat deteriorating(merosot) penglihatan/ secara tiba-tiba memberi kesan berbeza.
Keputusan sama ada print / Braille?
Murid bermasalah penglihatan/rabun
Peranan guru khas / kaunseling.
2) Kesediaan bahasa dan pengalaman
Kefahaman bahasa
Kepelbagaian pengalaman
3) Kesediaan persepsi
Kefahaman konsep terhadap ruang, masa, ukuran, bentuk.
Perbezaan sesuatu konsep, perkaitan antara satu sama lain dan kesannya.
4) Kesediaan motor halus
a. Aspek kesediaan kanak-kanak buta untuk membaca Braille.
Perkembangan motor, kemahiran mendengar, perkembangan bahas, dan kesedaran membaca.
b. Perkembangan motor – sentuh, pegang, rasa, pergerakan dan latihan
c. Kemahiran mendengar
d. Kemahiran bahasa : berkaitan pemahaman yang konkrit tentang bahasa yang didengar dan diguna oleh murid buta, contoh- kecil vs besar, sama vs berbeza
e. Kesedaran membaca : meliputi aktiviti mendedahkan murid buta kepada konsep membaca. (cth: melabel objek di rumah dengan kod Braille, ibu bapa membacakan buku cerita)
*Motivasi ialah kunci utama kejayaan dalam kemahiran Braille.
Tanggungjawab / Peranan Guru Khas
1) Berkemahiran dlm komunikasi dan penggunaan peralatan khas.
2) Berpengetahuan dan memahami implikasi pendidikan disebabkan keadaan penglihatan.
3) Berpengetahuan terhadap perkembangan / keperluan kurikulum dan adaptasi.
4) Berkemahiran dalam O & M, low vision, Braille.
5) Berupaya menjalankan nasihat kepada pelajar.
6) Memahami perkembangan dan keperluan psikososial dan psikologi kanak-kanak buta.
7) Berkemahiran dalam kertas and menyimpan rekod.
Peranan guru sekolah khas
Tulis pindah
Peranan sebagai guru khas sepenuhnya
Peranan guru program integrasi
Peranan sebagai guru RESOS vs guru normal
Kerjasama antara guru normal dan guru RESOS
Program guru beredar (Itinerant teacher)
Beri nasihat kaunseling
Pertolongan kepada buta / rabun teruk.
Pengajaran kaedah membaca Braille
1) Jenis-jenis pendekatan kepada proses membaca
2) Firm & flat reading surface untuk memudahkan pergerakan tangan.
3) Dalam keadaan selesa dan relaks.
Kod Braille Gred 1 & Gred 2
1) Kefahaman tentang jenis-jenis kod Braille (BM,BI)
2) Abjad, tanda angka, tanda huruf besar, tanda bacaan, pemendekan perkataan, tanda kata, tanda khas.
3) Peraturan penggunaan kod Braille.
4) Penggunaan model sel – cth: ejaan nama kanak-kanak itu
Modifikasi model sel
1) Kedudukan titik timbul
2) Penggunaan nombor kepada titik timbul.
3) Penggunaan kedudukan (titik atas, tengah dan bawah)
Kemahiran mekanikal
1) Pergerakan tangan dan jari.
2) sesentuh jari
3) penggunaan braille.
4) kebolehan mengimbas
Pengajaran kaedah menulis Braille.
1) Mesin Braille
Fungsi dan bahagian-bahagian mesin Braille.
Kedudukan tangan dan jari.
Cara masuk dan mengeluarkan kertas Braille.
Teknik penulisan Braille.
- murid membaca ayat / cerita yang dihasilkan oleh guru.
- Penggunaan bahan-bahan seperti buku cerita yang ada perkataan, ayat dalam kod Braille.
Menulis jurnal ialah aktiviti berkesan dalam proses pengajaran menulis Braille iaitu berdasarkan apa yang mereka ketahui dan alami mengembangkan kemahiran murid berkaitan sebutan, bacaan dan penulisan.
Pengajaran dan pembelajaran Murid berpelinghatan terhad (Low vision)
Kecekapan penglihatan (visual efficiency) di pengaruhi oleh faktor tertentu:
Baki penglihatan yang masih ada
Tidak merosakkan apabila digunakan
Boleh ditingkatkan dengan menggunakan low vision devices – LVD yang betul
Penilaian tentang fungsi visual perlu bagi menentukan LVD
Pencahayaan
Kontras
Penting utk penggunaan penglihatan dengan lebih efektif
Penggunaan tekstur yang berbeza
Saiz objek – objek lebih besar mudah untuk dilihat/dikenal/dibeza
Memberi kesan kepada kecekapan visual murid untuk mengenal dan membezakan objek.
Jenis-jenis Pencahayaan
Kepentingan cahaya
Cahaya merupakan perkara utama dalam membantu individu rabun menjalani kehidupan harian
Dua jenis pencahayaan
Cahaya keseluruhan – cahaya matahari / cahaya dalam bilik
Cahaya tumpuan – dari satu sumber
Panduan penggunaan cahaya untuk mengoptimumkan deria penglihatan:
Pastikan ruang di sesuatu tempat dibekalkan dengan cahaya keseluruhan yang cukup
Dekatkan lampu dengan tempat kerja murid. Lampu yang diletakkan di sebelah kiri atau kanan boleh mengelakkan bayang-bayang.
Gunakan lampu meja boleh laras yang diletakkan di sisi bagi mengelak silauan.
Gunakan langsir atau blinds utk mengelakkan silauan cahaya dari luar tingkap.
Kurangkan penggunaan bahan bersinar yang boleh memberi silauan.
Modifikasi persekitaran dapat membantu murid rabun:
Meletakkan murid dekat dengan tingkap untuk memberikan cahaya yang cukup / sesuai.
Galakkan murid menggunakan pen bermata besar.
Cetakan besar (large print)
Galakkan murid menggunakan cermin mata hitam atau topi untuk mengurangkan silau apabila berada di luar bangunan.
Terdapat alat bantu (low vision devices – LVD ) untuk melihat objek dekat dan LVD
LVD dapat memaksimumkan penggunaan penglihatan yang masih ada dan dapat membantu menjalankan aktiviti harian dengan lebih mudah.
Alat-alat bantu low vision (low vision devices-LVD)
Alat-alat optikal
o Dengan fungsi tertentu (cth: utk jarak dekat)
o Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk
o Perlu latihan untuk penggunaan berkesan (cth: kedudukan jarak mata dan cara memegang LVD)
Alat-alat bukan optikal
o Penggunaan meja boleh laras untuk mengelak badan daripada membongkok
o Langsir boleh menghilangkan silau
o Penggunaan topi dan cermin mata hitam apabila menjalankan aktiviti di luar
o Cetakan besar (large print)
o Alat-alat bersuara
o Telefon dengan bebutang huruf besar, dsb.
Alat-alat elektro optikal
o Memberikan keamatan penglihatan paling luas dan pembesaran paling tinggi.
o Harga yang mahal berbanding LVD lain.
o CCTV, Optelec Clear Note, The optelec traveler. Dsb
Jenis-jenis LVD
Reading stands
Memudahkan bacaan
Mengelakkan badan membongkok dan mudah letih.
Reading stands boleh memberi keselesaan semasa membaca
o Magnification devices
Penggunaan magnifikasi
Pilihan bahan bacaan menjadi lebih meluas dan bebas
Meningkatkan saiz objek
Kriteria untuk menggunakan LVD
Aspek psikologi (cth: penerimaan) murid hendaklah ditekankan dalam menentukan alat bantu visual
Elakkan daripada memaksa murid – akan memberontak dan langsung tidak berminat tentang faedah penggunaan alat tersebut.
2) JENIS-JENIS PENYAKIT MATA
PENYAKIT MATA YANG DISEBABKAN OLEH KETURUNAN
RETINITIS PIGMENTOSA
-Sejenis penyakit mata yang melibatkan kerosakan pada bahagian retina mata. Retina merupakan lapisan tisu pada bahagian dalam mata yang berfungsi menukar imej cahaya kepada isyarat saraf dan menghantar isyarat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Terdapat pigmen yang berwarna gelap pada retina mata.
-Penyakit keturunan ini boleh berlaku apabila ia diturunkan secara dominan yang mana hanya memerlukan satu gen daripada salah seorang, ibu @ bapa. Atau penurunan melalui kromosom X yang hanya memerlukan satu gen daripada ibu.
- struktur mata yang mula-mula akan terjejas ialah rod retina kemudian diikuti sel kon.
-Gejala bagi penyakit ini sering muncul pada awal kanak-kanak (2-5 tahun) dan hanya menjadi teruk apabila awal dewasa. Antara gejala penyakit ini :
a) penglihatan menjadi kabur @ kurang nampak pada waktu malam @ cahaya malap.
b) pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan sisi (periferi) secara progresif yang menyebabkan berlaku “tunnel vision”
c) bagi kes berat, pesakit akan kehilangan penglihatan pusat atau dalam erti kata lain, dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta.
2)PENYAKIT MATA YANG DISEBABKAN OLEH INFEKSI VIRUS ATAU BAKTERIA
KONJUNGTIVITIS
-Penyakit ini terjadi kerana berlaku iritasi/keradangan akibat infeksi pada bahagian selaput yang melapisi mata.
-gejala : mata memerah, terasa gatal, berair, pedih mata, keluar kotoran (tahi mata), dan penglihatan kabur.
-faktor : infeksi virus@bakteria. Alergi (debu,serbuk,angin atau asap), penggunaan kontak lens yang kurang bersih dan penggunaan kontak lens yang terlalu lama.
3)PENYAKIT MATA YANG DISEBABKAN OLEH KEROSAKAN BAHAGIAN SARAF PENGLIHATAN.
GLAUKOMA
-Punca yang menyebabkan glaukoma ialah disebabkan oleh saliran air keluar dari mata tidak lancar dan menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu, punca glaukoma belum difahami sepenuhnya.
-Ini kerana ada sesetengah orang ada tekanan tinggi di dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakan.
-Faktor lain juga seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik @ kelemahan saraf optik.
-Akibat, kerosakan yang teruk boleh menyebabkan mata menjadi buta. Namun jika dikesan dari awal, ia boleh dirawat.
PERANAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan
merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang
baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan
oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan
kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.
Di
Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta
Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh
dididik, iaitu;
“Jika
dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain
dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.”
Sehubungan
dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan
teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan
pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan
dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).
Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.
Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
2.0
PERKEMBANGAN
2.1
PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui.
Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku apabila mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah (Utusan Online, 2011). Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah. Lain pula dengan Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara pengurusan diri. (Kosmo, 2008).
2.2
CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
Guru adalah orang yang penting dalam riwayat hidup setiap individu sehinggakan ada pendapat yang mengatakan, “Saya suka subjek itu kerana saya sukakan cara guru itu mengajarnya”. Apabila kanak-kanak itu mula bersekolah sehinggalah mereka meningkat dewasa, mereka sentiasa berhadapan dengan guru serta interaksi juga sering berlaku. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan memarahi pelajar-pelajarnya adalah situasi yang sentiasa berlaku semasa pengajaran dijalankan. Dalam situasi ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza. Mengikut Atan Long (1992) dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar , terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik iaitu emosi dan mental yang stabil dan sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama, kesihatan yang baik, kecerdasan otak dan tingkahlaku yang sopan dan menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri guru yang baik malah ia adalah perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa etika guru ialah prinsip moral atau akhlak yang menjadi pegangan seorang guru.
Jika dikaitkan dengan kesantunan guru atau etiket, ia terbahagi kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Oleh yang demikian, kesantunan guru perlu dipamerkan untuk membentuk kesantunan di kalangan murid. Kepedulian guru juga adalah salah satu daripada ciri guru yang baik. Pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).
Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan. Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota dalam Kosmo terbitan 2008, beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanak-kanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan baik. Pendapat ini disokong oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan dengan kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.
Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid pendidikan khas perlu pendekatan kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran tersendiri.
Jika guru disiplin perlukan sifat yang tegas, guru pendidikan khas pula perlukan sifat pandai memujuk murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif. Murid seperti ini tidak boleh dimarahi kerana mereka akan menjadi lebih agresif. Disinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran yang tinggi. Layanan yang diberikan kepada pelajar ini perlulah dengan penuh berhemah. Sebagai contoh, Cikgu Alizah Abdul Malek telah mengalami situasi murid telah memanjat pokok dan pujukan diperlukan untuk murid tersebut turun dengan selamat. (Utusan Online, 2011)
Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita Harian, 2011)
Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi muird-murid ini.
2.3
CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar berbanding menjadi guru biasa.(Utusan Online, 2011). Kata-kata tersebut adalah petikan daripada seorang guru pendidikan khas yang sebelum ini adalah guru biasa. Menurut Cikgu Alizah Bt Abdul Malek, kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas sangat mencabar kerana pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka hadapi. Pendapat ini telah disokong oleh seorang lagi guru pendidikan khas iaitu Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota bahawa menjadi guru pendidkan khas sangat mencabar. (Kosmo, 2008)
Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia telah dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini. Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa anaknya telah berlaku perubahan yang memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah al-Fatihah dan bersolat serta sudah berminat ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini mengalami masalah hiperaktif dan masalah pertuturan. (Utusan Online, 2011)
3.0 IMPLIKASI
Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap profesioanalisme dapat ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa bosan sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik, guru mestilah menyediakan perancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan berkesan dan menarik.
Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan guru memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru akan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada itu, percakapan yang lembut dan sifat memujuk mampu menjadikan seorang guru pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjaga tingkahlaku.
Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan ibu bapa akan terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan mampu membina hubungan yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan sentiasa berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan juga membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.
Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dapat dipupuk. Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka akan mengaplikasikannya dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui tingkahlaku dan cara guru mengajar dan mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah satu dari pembelajaran murid adalah melalui pemerhatian dan peniruan.
4.0 CADANGAN
Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.
Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid.
Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila mereka menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012)
5.0
RUMUSAN
Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa yang menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Cikgu Alizah Abdul Malek (Utusan Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam cerita. Cerita yang mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga harapan ibu bapa.
Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang besar. Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum mendapat pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah naik angin dan marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami apabila hanya mengeluarkan bunyi seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat kenyataan ibu kanak-kanak tersebut, beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak istimewa tetapi guru pendidikan khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta mempunyai kepelbagaian masalah
Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan murid-murid mereka walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar dan tidak ternilai oleh mereka. Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Namun terdapat juga murid berkeperluan khas yang telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga peringkat tinggi. Dua orang pelajar cacat penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (SMPKS), Kuala Lumpur iaitu Tang Kah Hung dan Ahmad Shahide Ruslan telah mendapat 10 A untuk SP 2010. (Berita Harian, 2010) Ini menunjukkan terdapat juga murid berkeperluan khas yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi.
Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu “hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib golongan OKU.”(Berita Harian, 2011)
Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment