PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal-induktif seperti berikut:
a) Mengadakan hipotesis:
b) Mengumpul maklumat:
Peringkat inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintitik, setiap hipotesis akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya. Kebanyakan kita pula boleh bertikir secara saintifik dalam kehidupan akademiknya, tetapi dalam kehidupan seharian kita tidak lagi bersikap dan bertindak secara saintifik. Misalnya apabila seorang ketua tidak menyukai salah seorang pembantunya, hanya cukup dengan keterangan "orang kepercayaannya" lalu dia terus membuat keputusan memecat pembantunya, tanpa mempedulikan sama sekali bukti-bukti lain yang bertentangan dengan keputusannya. Contoh ini merupakan tindakan emosional, bukan tindakan saintifik. Tindakan saintifik memerlukan bukti dan fakta empirikal yang mencukupi, sebelum membuat kesimpulan atau hukuman tertentu.
c) Membuat kesimpulan.
Setelah mengumpul maklumal yang mencukupi, barulah sampai kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti tidak mencukupi kerana hanya mendengar pendapat "orang kepercayaannya" sahaja. tidaklah boleh terus menjatuhkan hukuman tertentu. Satu jenis talasi atau kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa (hast generalisation atau Pars pro toto), di mana dengan hanya satu bukti (yang kadang-kadang sangat lemah sekali), terus dibuat kesimpulan tertentu. Sikap saintitik akan menangguhkan atau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang meyakinkan tentang hipotesis atau asumsi yang ada. Jika terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga dapat membuat kesimpulan yang tepat dan keputusan yang adil, maka terpaksa sabar menunggunya. Tindakan yang emosional dan tidak sabar dalam menjatuhkan sesuatu hukuman biasanya akan membawa kegagalan atau mengundang kerugian dan kadang-kadang kekacauan yang berpanjangan.
Setelah mengumpul maklumal yang mencukupi, barulah sampai kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti tidak mencukupi kerana hanya mendengar pendapat "orang kepercayaannya" sahaja. tidaklah boleh terus menjatuhkan hukuman tertentu. Satu jenis talasi atau kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa (hast generalisation atau Pars pro toto), di mana dengan hanya satu bukti (yang kadang-kadang sangat lemah sekali), terus dibuat kesimpulan tertentu. Sikap saintitik akan menangguhkan atau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang meyakinkan tentang hipotesis atau asumsi yang ada. Jika terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga dapat membuat kesimpulan yang tepat dan keputusan yang adil, maka terpaksa sabar menunggunya. Tindakan yang emosional dan tidak sabar dalam menjatuhkan sesuatu hukuman biasanya akan membawa kegagalan atau mengundang kerugian dan kadang-kadang kekacauan yang berpanjangan.
Berbanding dengan kaedah-kaedah lain, kaedah saintifik yang paling popular dan berpengaruh dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sejak timbulnya abad penguasaan sains dan teknologi pada Zaman Moden, boleh dikatakan setiap bidang kehidupan dan pemikiran telah didominasi oleh nilai dan kaedah saintifik. Sains dilihat sebagai kuasa yang dapat menyelesaikan setiap masalah manusia.
PENYELESAIAN MASALAH SECARA KRITIS DAN LOGIK
- Menurut Shuib et al. (2002), pemikiran kritis adalah situasi seseorang gemar membuat komen, mencari kesalahan, dan berpandangan negatif serta suka melihat kelemahan, kekurangan sesuatu idea, perkara ataupun benda. Pemikiran ini kadang-kala akan menimbulkan ketegangan jika digunakan tanpa pertimbangan yang wajar. Oleh itu, pengaplikasiannya hendaklah mengikut konteks masa, suasana dan kesusaiannya.
- Manakala menurut Maimunah (2004), menyelesaikan masalah secara kritis memerlukan ciri-ciri pemikiran yang kritikal iaitu cenderung kepada mencari dan mengenalpasti kelemahan, kesilapan.
- Pemikiran kritikal boleh mendorong penjanaan idea dalam reka bentuk. Proses reka bentuk mengalami beberapa fasa. Sebelum rekabentuk akhir diperolehi, pemikiran kritikal membantu penghasilan yang lebih baik dan bermutu.
- Selain itu, penyelesaian masalah secara kritis juga boleh dikaitkan dengan logik. Secara umumnya,pemikiran logik mementingkan maklumat dan fakta di mana setiap kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang dapat dibuktikan sahaja.
- Pemikiran logik amat berguna dalam pelbagai aspek. Dalam aktiviti kehidupan seharian seperti cara berpakaian, cara melakukan kerja dan cara berhubung dengan orang lain, semuanya harus dijalankan dengan logik dan diterima akal.
- Menurut Abdul Rahman (2002), menyelesaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif iaitu:
- Mengenal pasti dan memahami premis masalah.
- Mencari sebab dan punca masalah.
- Menilai cara-cara penyelesaian.
- Membuat kesimpulan tentang kesanpelaksanaannya.
PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM
Penyelesaian masalah secara islam terbahagi kepada tiga pendekatan,iaitu pendekatan tauhid,pendekatan hukum,dan pendekatan sufi. Ketiga-tiga pendekatan ini juga dikenali sebagai aqidah,syariah,dan akhlak.Pendekatan ini saling menguatkan dan melengkapi kerana semuanya berasaskan ajaran islam yang menyeluruh dan sempurna.
- Sesuai dengan ajaran tauhid,Tuhan dalam perspektif islam bukan sahaja bersifat Esa bahkan merupakan satu-satunya Tuhan yang mencipta dan menguasai alam serta menjadi sasaran pengabdian makhluk dan alam seluruhnya.Oleh itu,dengan pendekatan tauhid melalui kekuatan iman dan ketakwaan,seseorang itu berupaya untuk memahami dan mampu untuk bersabar menghadapi ujian dan masalah yang mendatang.Seseorang itu akan menganggap dunia sebenarnya adalah medan ujian dalam menuju kehidupan di akhirat.Oleh itu,sudah tentulah seseorang itu tidak akan terlalu kecewa dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul.Masalah akan kelihatan besar bagi mereka yang berkepentingan duniawi berbanding golongan yang berwawasan akhirat.
- Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Hukum-hukum seperti hukum munakahat,hukum beribadat,jinayat,hudud,qisas dan sebagainya merupakan hukum yang terdapat dalam Al-quran dan As-sunnah,semuanya wajib dipatuhi dan ditaati kecuali golongan darurat iaitu berpenyakit,gila,usia tua dan cacat mental.Selagi tiada sebab-sebab tersebut,wajib ditaati hukum tersebut tanpa sebarang alasan.
- Untuk mengetahui prinsip-prinsip penyelesaian masalah secara islam menurut pendekatan hukum,perlu mengetahui ciri-ciri syariat islam itu sendiri.Pada umumnya,ciri-ciri syariat islam adalah ‘rabbani’(ketuhanan),’alamiyyah’(universal),’syumul’(menyeluruh),’harakah’(bergerak)dan ‘wasatiyyah’(seimbang).Inilah antara ciri-ciri umum syariat islam yang menjadi asas kepada prinsip penyelesaian masalah secara islam.Melalui prinsip syumul(menyeluruh) dan takammul(sempurna) misalnya,hampir semua masalah kehidupan dapat diselesaikan lantaran segala masalah dan penyelesaiannnya sudah tersedia dalam warisan fiqh islam.
- Jika pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah secara islam dianggap rasional intelektual,sebaliknya pendekatan sufi lebih kepada bersifat moral dan spiritual.Menurut sesetengah pihak,pendekatan hukum bersifat lebih tegas dan keras berbanding pendekatan sufi yang bersifat lebih lembut.Penyelesaian masalah melalui pendekatan sufi memerlukan kefahaman tiga asas iaitu hakikat masalah,sebab masalah,dan kaedah penyelesaian.
- Hakikat masalah : Masalah sebenar umat islam bukannya soal ilmu atau pemikiran,tetapi soal akhlak dan amalan.Ramai yang menguasai ilmu,teori,dan kaedah-kaedahnya akan tetapi penyakit sebenar ialah jiwa dan hawa nafsu yang kotor.Dengan memahami hakikat masalah barulah seseorang dapat menyelesaikan masalah dengan tepat dan sempurna.
- Sebab masalah : faktor tuhan-Allah mendatangkan masalah dan dugaan sebagai ujian bagi hambanya yang beriman.
Faktor manusia-manusia diberi kekuatan atau kudrat dan kemahuan untuk melakukan sesuatu.
Kaedah penyelesaian : berasaskan ‘prinsip pembersihan diri’.Menyucikan diri daripada sifat-sifat mazmumah (buruk@keji) seperti mengumpat,takabbur,khianat,munafik dan sebagainya.Sebaliknya berusaha menghias diri dengan sifat-sifat mahmudah (baik@mulia) seperti zuhud,pemaaf,tawakkal,sabar,amanah dan sebagainya.Di sebalik ujian yang didatangkan oleh ALLAH kepada hambaNya,tersimpan hikmahnya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment